Sunday 11 December 2011

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS


Pengenalan
Akhir-akhir ini, isu-isu berkaitan institusi pendidikan di Malaysia semakin  mula mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat di negara kita. Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai institusi utama yang berperanan penting dalam meningkatkan mutu dan imej pendidikan di negara ini mula mendapat perhatian umum dan pelbagai isu yang dibangkitkan mempunyai pelbagai pendapat yang kontra dan sebaliknya. Isu-isu dicetuskan menimbulkan pelbagai polemik sehingga dibahaskan di parlimen dan akhirnya menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah yang terakam dalam institusi pendidikan itu sendiri. Antara isu terhangat yang  diperbincangkan ialah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

            Agenda baru PPSMI yang mula diperkenalkan pada 2003 sehingga terkuburnya pelaksanaanya pada  tahun 2012 telah menimbulkan polemik yang besar dalam sejarah institusi pelajaran di Malaysia. Dasar utama pendidikan negara ini telah dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri pada ketika itu iaitu, Tun Dr. Mahathir Mohammed. Perdana Menteri yang berkarisma , berpandangan jauh serta  berfikiran terbuka  mempunyai pandangan dan visi yang tersendiri terhadap keseluruhan murid  serta  sebahagian besar guru-guru yang mengajar mata pelajaran Matematik, Sains dan bahasa Inggeris . Pengumuman ini telah menggembirakan sebahagian guru-guru di Malaysia.

Hal ini demikian kerana, mereka mendapat imbuhan yang besar iaitu kenaikan sepuluh peratus daripada gaji akibat dasar yang berfaedah ini.  Keberhasilan yang dominan juga ialah, guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut turut dibekalkan  sebuah komputer riba yang akan membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam memperkasakan PPSMI, jutaan ringgit  telah dibelanjakan bagi mengadakan kursus-kursus bagi guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik  selain menyediakan buku teks bagi setiap kelas dan tingkatan yang terlibat. Pendekatan PPSMI yang menggunakan bahasa Inggeris bagi menggantikan bahasa kebangsaan turut tercabar dengan pelbagai pandangan yang dikemukan oleh golongan profesional dan ahli-ahli bahasa di Malaysia.

Pada awalnya Kementerian Pelajaran Malaysia, di bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk Hishamuddin bin Hussein menteri pelajaran ketika itu   tidak  tunduk kepada sebarang pandangan yang ingin menggagalkan pelaksaanaan ini. Pelaksanaan ini telah meninggalkan kesan positif yang besar dalam revolusi  sejarah  pelajaran di negara kita. Guru-guru yang terlibat telah menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik walaupun mereka yang mengajar nun jauh di kawasan pedalaman. Murid-murid juga telah berjaya mengusai  bahasa kedua ini dengan baik dari setahun ke setahun akibat pelaksanaan dasar ini. Ini terbukti dengan peningkatan dari setahun ke setahun keputusan yang diadakan seperti ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dalam mata pelajaran Sains, dan Matematik.

Sebenarnya, secara tidak langsung dasar ini memberi impak yang positif terhadap pembangunan modal  insan di negara kita.  Murid-murid ini mampu menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa kedua dengan baik dalam bilik darjah dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat luar.  Mereka dapat menambah serta memperkayakan kosa kata dalam kedua-dua bahasa dan ini sudah pasti menjanjikan pulangan yang baik kepada generasi Malaysia kini dan akan datang terutama  apabila mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam negara atau luar negara yang memerlukan mereka membuat kajian yang mendalam terhadap sesuatu bidang kajian yang berkaitan. Bukan untuk memperlekeh bahasa Kebangsaan kita sendiri, namun hakikatnya  penguasaan bahasa Inggeris mampu memberi impak terhadap status kedudukan seseorang terutamanya dalam peluang pendidikan yang lebih jauh untuk diterokai. Terpulanglah kepada penilaian masing-masing memberi pandangan  terhadap isu PPSMI ini yang pada pandangan seseorang amat sensitif untuk diperbincangkan.

Akhirnya pada tarikh keramat iaitu 8 Julai 2009, pelaksaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah dimansuhkan di seluruh sekolah di Malaysia dan diganti dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris(MBMMBI).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan program memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bermula tahun 2011 ini bagi menggantikan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atas dasar bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa perhubungan, bahasa perpaduan serta bahasa ilmu merentas kurikulum yang penting bagi mencapai hasrat 1Malaysia. Memperkukuhkan bahasa Inggeris pula dilaksanakan dengan penuh kesedaran bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa komunikasi yang harus dikuasai  oleh generasi muda bagi persediaan bersaing di peringkat nasional dan peringkat global pada masa kini dan akan datang. Di samping itu hasrat  kerajaan  adalah  untuk membentuk   rakyat Malaysia  yang mempunyai jati  diri yang kuat, progresif, dinamik  ke arah mencapai negara maju. Justeru  itu , Kerajaan Malaysia bermatlamat   untuk melahirkan warganegara yang fasih dan yakin untuk menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris  standard dalam perbualan dan urusan rasmi, penerokaan ilmu dan di alam kerjaya mengikut kesesuian dan keperluan. Seterusnya dapat membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai ilmu melalui pelbagai media seperti  teknologi komunikasi maklumat (ICT) serta mempunyai minda yang kritis, inovatif dan kreatif.   
Strategi memartabatkan bahasa Melayu ini melibatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar  mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan  menengah  serta menambahbaikkan pendekatan  pengajaran dan pembelajaran  Bahasa Melayu. Manakala strategi dalam memperkukuhkan lagi bahasa Inggeris  melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi serta berkualiti  bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Sebelum membincangkan mengenai peranan guru dalam menjayakan MBMMBI ini kita lihat dahulu dengan lebih lanjut  berkaitan MBMMBI ini.
Definisi MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Malaysia pula  adalah bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Secara umumnya, frasa ‘memartabatkan bahasa Melayu’ didefinisikan sebagai memberi kedudukan tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global. Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama dunia khususnya bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun.
Tujuan MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan  bahasa yang telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menjadi bahasa yang mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi, korporat dan pasaran saham, kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang penting dan utama yang menunjangi kemajuan bangsa serta negara di pentas global.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris pula adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Peranan Guru Yang Menjayakan Dasar MBMMBI

Peranan guru adalah  sebagai tunjang utama dalam usaha memastikan kejayaan  dasar MBMMBI. Fungsi dan peranan guru   dipandang tinggi dan diiktiraf  bukan sahaja   guru sebagai pembimbing, guru juga adalah sebagai  penyebar ilmu, pembentuk nilai,    agen sosialisasi , sebagai pendidik dan pakar rujuk, sebagai mentor , sebagai pengurus , sebagai pengamal ilmu dan guru juga sebagai pengamal kemahiran profesional .  Lantaran itu, guru  sebagai pencetus dan penggerak utama  kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha menjayakan hasrat MBMMBI ini.

1.         Amanah dan tanggungjawab  terhadap kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurut surat pekeliling ikhtisas bil 2/ 2010: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), pihak kerajaan telah menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan MBMMBI. Sebagai seorang guru yang merupakan kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk  melaksanakan MBMMBI, guru perlu mematuhi pekeliling tersebut. Sebagai kakitangan awam  beretika  guru perlu melaksanakan kehendak Kementerian pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan.
USAHA menggerakkan pelaksanaan program memperkasakan Bahasa Malaysia dan Inggeris pada semua peringkat sekolah seperti  mana  kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan mulai 2012 bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud usaha mempertingkat penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pelajar benar-benar dapat menguasainya dengan baik.
Bahasa Melayu pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehinggakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM apabila melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Golongan profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir bahasa Inggeris

Peranan DBP yang menterjemahkan banyak buku dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk menerbit pelbagai jenis kamus, peristilahan dan buku glosari dalam semua bidang pengajian berjaya mengangkat keupayaan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Menurut kajian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Masih terdapat  ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Kebanyakan murid pula menunjukkan  sikap  pasif  dan kurang berminat apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung , fenomena ini amat membimbangkan kementerian pelajaran negara kita . Faktor ini jugalah yang mengakibatkan kerajaan memperkenalkan Dasar MBMMBI untuk menggantikan PPSMI.

 Tindakan dan usaha menterjemah karya agung umpamanya  dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan dari masa ke semasa. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan bahan bacaan  dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya  menyuntik serta menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
 Penggunaan  Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi di Negara kita  agar hasrat memertabatkan bahasa melayu dan memperkukuhkan bahasa inggeris ke arah 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.

Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.

Syarat kelayakan yang melayakan memasuki Institut Pengajian Tinggi  terutama  pelajar yang bakal  mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat  kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk ke pusat Pengajian Tinggi, tidak kira Universiti Tempatan mahupun university swasta.


2.          Guru sebagai agen pelaksana serta penggerak  di sekolah

Guru bahasa Melayu dan guru bahasa Inggeris perlu  bekerja keras dan bekerjasama  untuk merealisasikan hasrat  MBMMBI. Setiap individu yang bergelar sebagai pendidik perlu mengambil ikhtibar atas kegagalan Dasar PPSMI. Penetapan Model Bahasa Inggeris  sebagai model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard  yang  sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa. Kepimpinan Sekolah – Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris  dan  turut  merancang  program  yang  sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program seperti  English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan.
Guru Bahasa Malaysia  serta guru Bahasa Inggeris yang berkualiti , setiap guru  yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen , langkah ini adalah  untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru juga   digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang diadakan , untuk  memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard  Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak melahirkan genarasi yang berbudaya  bahasa yang celaru serta  menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.


Menggiatkan lagi kempen-kempen program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan . Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.

 Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular.
.
Penetapan Model Bahasa Inggeris – model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.

Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar.

Perkongsian dan Jaringan Guru , sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang terkini dan berkesan.
Kepimpinan Sekolah dikalangan  Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program sepert iEnglish Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan MBMMBI tercapai.


Seseorang guru yang efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya.Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan epistemologi disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang.  Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau sentiasa menangguhkan jawapan,  situasi ini, menyebabkan murid  kurang berkeyakinan kepada guru tersebut dan hilang minat. Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa menghalang murid-murid daripada bertanya perkara yang di luar kurikulum, sedangkan berminat untuk mengetahui, berkemungkinan murid akan  kehilangan  kecenderungan untuk bertanya dan hilang minat untuk mempelajari subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-murid berlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat mereka untuk belajar.  Atas prinsip inilah, tugas guru di sekolah sebagai pelaksana Dasar MBMMBI bukan sahaja terikat dengan pengajaran dalam bilik darjah malahan P&P juga berterusan di luar bilik darjah. Contohnya apa yang berlaku di sesetengah sekolah terutamanya sekolah rendah, murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bersajak bersajak, berpantun, menulis cerpen, menulis  puisi dan sebagainya. Begitu juga dengan Bahasa Inggeris, murid didedahkan  kepada aktiviti jazz chant  , choral speaking, spelling bee , quiz, story telling, choire dan banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan untuk menyuburkan MBMMBI.

3.         Peranan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif , Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa
Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, bermotivasi , aktif  , bersikap dinamik , minat dan mencungkil sikap ingin tahu , berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang  teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan serta  mampu bersaing dengan kepesatan  dunia luar serta kental terhadap unsur luar, kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya.
Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjuk cara perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau kelas murid. Apabila guru berjaya mencetuskan minat murid-murid, mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan sentiasa mengunggu-nunggu kedatangan guru berkenaan. Ramai penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan merupakan faktor utama penglibatan serius murid dalam sesuatu pembelajaran. Justeru, penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya mengetahui taraf kebolehan penguasaan bahasa murid, pencapaian pengetahuan, dan kefahaman aplikasi sesuatu teori atau formula. Imam Al-Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah, penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran murid yang diajar. Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti penyampaian berbeza di antara murid sekolah rendah dengan sekolah menengah, murid pintar dengan sederhana, dan murid normal dengan pendidikan khas. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Sebagai kesediaan awal murid-murid perlu dicerna dan mahirkan kefahaman mereka dalam aspek bahasa seperti yang ditunjangkan dalam objektif Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).  Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan secara jelas mengenai sesuatu konsep abstrak dan konkrit iaitu explain and illustrate concepts both abstractly and concretely. Perkara abstrak boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan membuat andaian. Guru boleh juga melakarkan dalam bentuk tulisan, gambar rajah atau carta. Penerangan konsep konkrit perlu diikuti oleh perbuatan atau tindakan murid demi mengukuhkan konsep yang konkrit dengan objek sebenar.
Didik Hibur – Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre.
Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk

Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks bahasa merentas kurikulum.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Kurikulum Bahasa Inggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.




4.         Peranan guru terhadap profesionalisme diri
   Sebagai pendidik yang akan memastikan perjalanan MBMMBI terus terlaksana , guru perlu sentiasa memastikan kepelbagaian Kaedah Mengajar digunakan untuk mengalih  tumpuan murid-murid semasa P&P dijalankan.Guru perlu mengikuti kursus-kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan profesionalisme diri seperti kursus peningkatan dan penyuburan profesionalisme guru.

Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai    kaedah yang bersesuaian dengan perancangan  isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa    flexible mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topic atau kemahiran yang bakal digunakan. Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan terutamanya setiapkali selesai sesi P&P agar pelbagaian strategi serka kaedah dapat dirancang secara sistematik Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik. Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik terkini  seperti komputer, internet, power point, dan video. Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkahlaku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara efektif  walaupun tanpa kehadiran peralatan teknologi yang canggih. Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid: Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan berasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari yang membuktikan saling communicate with interest and enthusiasm, penerapan nilai kasih saying sesame rakan pelajar juga sangat penting kearah mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa.
Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh empati serta use intrinsic and extrinsic rewards more often than penalties. Situasi sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang murid dan guru. Masyarakat dan negara akan memperolehi manfaat seterusnya.

Guru Bahasa Malaysia Berkualiti , merujuk kepada maksud guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.


5.         Peranan guru terhadap rakan sejawat
 Guru sebagai “ role model “ bertutur  dan berinteraksi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris kepada  pelajar.Di samping membimbing atau menjadi pakar rujuk kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang untuk mengajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sumber P&P seperti kemudahan makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian serta disediakan disekolah-sekolah yang belum memiliki kemudahan makmal komputer supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.


Kita juga perlu faham selain mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu, pada masa sama kerajaan mahu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Seperti disarankan pakar bahasa bahawa untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa itu perlu dipertingkatkan.

Oleh itu, kementerian perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan. Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan.

Langkah kerajaan mengambil lebih ramai guru bahasa Inggeris dari luar negara adalah usaha mengatasi masalah kepakaran guru dalam bahasa Inggeris. Saya yakin ia langkah sementara sebelum negara dapat melahirkan lebih ramai guru yang mahir dan pakar dalam pengajaran bahasa Inggeris.

Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pengambilan guru bahasa Inggeris yang sudah bersara tetapi masih mampu mengajar dengan berkesan. Guru berpencen yang diambil semula ini perlu memiliki kesihatan yang baik dan didedahkan dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang terkini.

Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul selaras dengan hasrat MBMMBI iaitu memertabatkan bahasa melayu.
Dalam menjayakan MBMMBI peranan pertama guru  adalah sebagai pengurus. Dalam menjayakan MBMMBI ini guru juga bertindak sebagai pengurus dalam segala hal yang berkaitan berkaitan dengan p&p mahupun menguruskan hal-hal pentaksiran seperti ujian-ujian penilaian dan sebagainya dalam matapelajaran Bahasa Melayu mahupun Bahasa inggeris yang dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah dalam usaha menjayakan MBMMBI ini. Untuk program-program seperti ini guru bertindak sebagai pengurus, tutor, fasilitator dalam  usaha meningkatkan penguasaan kedua-dua bahasa ini.
            Peranan guru amatlah penting bermula dengan membimbing  kanak-kanak seawal usia 6 tahun lagi menguasai kemahiran 4M iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul sebelum mereka akan menyertai pembelajaran bahasa secara formal dalam  kurikulum KSSR. Kegagalan pendidikan di peringkat awal ini menyebabkan berlakunya murid-murid buta huruf dan ini akan mengakibatkan mereka akan ketinggalan jauh dalam menerokai ilmu bahasa dan juga matapelajaran lain juga.  Dengan itu, guru perlu mengukuhkan asas berbahasa  murid-murid secara berstruktur dan sistematik. Tanggungjawab utama guru  dalam menyebarkan ilmu kepada murid-murid dalam  kemahiran berbahasa iaitu merangkumi asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis. Guru harus membimbing murid-murid untuk menguasai asas kemahiran ini  melalui modul pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen yang menyeronokkan dalam seni bahasa.
 Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa juga harus dibimbing  berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks .  Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia guru perlu menyediakan suasana belajar yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah dan strategi. Antara kaedah dan teknik mengajar bahasa ialah teknik main peranan, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi,teknik bercerita,teknik inkuiri,teknik perbahasan, teknik kuiz, teknik sumbangsaran, teknik soal jawab, teknik simulasi, teknik drama, teknik perbincangan, teknik forum dan teknik  dialog. Dengan teknik-teknik ini bukan sahaja dapat menarik minat murid malah ia dapat mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid-murid terhadap pelajaran bahasa Melayu ini. Di sinilah guru perlu lebih kreatif dalam mengolah pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid melibatkan diri secara aktif dalam menerokai ilmu tersebut. Guru perlu bertindak mendidik dan membimbing murid mengenai kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa. Untuk itu p&p boleh  disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Selain itu, guru perlu mendidik murid-murid agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul terutama apabila berada di sekolah dan menggalakkan disamping mengadakan kampen  peggunaan bahasa Melayu baku di rumah atau di luar. Ini adalah untuk membiasakan murid-murid untuk berbahasa dengan betul. Guru juga harus mendidik dan membentuk minat murid-murid dengan menjadikan tabiat atau hobi  suka membaca sebagai satu amalan. Ini kerana  dapat menambah ilmu pengetahuan dan membentuk pemikiran yang segar melalui budaya dan  amalan membaca di samping dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa murid-murid. Oleh itu guru perlulah meneruskan dan menambahbaikkan lagi  program bacaan seperti Komponen Sastera Dalam BM (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan Program Bacaan NILAM agar lebih dimanfaatkan oleh murid-murid.
Dalam memperkukuhkan bahasa Inggeris  strategi kerajaan adalah dengan membuat penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris  iaitu peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam. Dengan penambahan ini lebih banyak masa boleh digunakan oleh guru-guru dalam mendidik dan membimbing murid-murid dalam memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris. Peranan guru sebagai pendidik dan penyampai ilmu kepada murid-murid haruslah menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan dalam modul Language Arts. Melalui Modul Language Arts guru boleh menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris juga  menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul p&p tersendiri dan p&p tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar. Dengan itu, guru juga perlu mendidik murid dengan  memberi penekanan khusus  tatabahasa dalam konteks diberi dalam modul tatabahasa. Untuk itu pengajaran dan pembelajaran  bahasa yang menarik dan efektif  perlulah dirancang dengan baik agar lebih berminat serta dapat memperkukuhkan lagi kemahiran berbahasa Inggeris dengan betul.
Strategi kerajaan dalam menjayakan hasrat MBMMBI ini juga dengan menyediakan kurikulum Bahasa Inggeris yang  mengintegrasi elemen Matematik dan Sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah atau kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan yang perlu disampaikan oleh guru kepada murid-murid. Pengajaran Bahasa Inggeris melalui aktiviti nyanyian, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar juga adalah satu lagi usahadan strategi  dalam menjayakan MBMMBI ini. Peranan guru di sini bukan sahaja sebagai penyebar ilmu dan pembimbing murid-murid bahkan guru juga dapat membentuk dan menerapkan nilai-nilai yang baik dalam aktiviti sebegini rupa, contohnya nilai kerjasama, berkeyakinan tinggi, bersaing dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini   bukan sahaja dapat menarik minat untuk belajar malah ramai bakat-bakat murid juga boleh dicungkil melalui aktiviti ini. Murid pasti akan suka dan tidak bosan dengan aktiviti sedemikian rupa. Disamping menjadikan murid-murid melibatkan diri secara aktif ia juga menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
Untuk Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif yang disediakan oleh kerajaan perlulah dimanfaatkan oleh guru kepada murid-murid bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre. Di sini dapat dilihat peranan guru dalam mendidik dan membimbing murid-murid sebagai pemudahcara  dalam menggunakan dan memanfaatkan  bahan-bahan bacaan tersebut agar ia dapat digunakan dengan sebaik mungkin. .
Dalam menjayakan MBMMBI guru sudah sewajarnya bertindak sebagai wira Peranan guru amat penting dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosialisasi murid-murid untuk perkembangan yang lebih sihat, berpandangan jauh ke hadapan, optimis dan berkeyakinan tinggi. Di sekolah , guru perlulah memastikan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di kalangan murid-murid dengan rakan-rakannya yang pelbagai kaum dengan harmoni.Guru juga perlu menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar penguasaan bahasa tersebut dapat dipertingkatkan.
Di samping itu,  Dengan penggunaan teknologi makluamat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta menghiburkan. Penyediaan portal perlu diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. Sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesa demi memastikan hasrat kementerian kerajaan terhadap pelaksanaan MBMMBI tercapai

RUMUSAN
Kesimpulan kepada  segala usaha yang dilaksankan oleh KPM dari segi pemartabatan Bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris,  sebenarnya berasaskan kepada panduan belajar bahasa di  mana ia menuntut  bahasa itu dipelajari setiap hari. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membina asas yang kukuh dan mantap’  menentu dan menetapkan sasaran, menumpukan kepada kepentingan penguasaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta  tidak takut melakukan kesilapan dan  yang paling penting, keseronokan mempelajari bahasa Melayu. Guru ( Guna Untuk Rakyat Umum ) adalah sebagai penggerak utama yang terlibat secara langsung dan berterusan dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris ini. Tanpa ada usaha serta kesungguhan  guru maka hasrat ini pasti akan terkubur. Oleh itu guru haruslah bertanggung jawab sepenuhnya dengan melaksanakan peranannya sebagai penyebar dan penyalur  ilmu, pembentuk dan pencorak  nilai, agen sosialisasi , sebagai pendidik yang amanah ‘ pakar rujuk, sebagai mentor , sebagai pengurus , sebagai pengamal  ilmu dan guru juga sebagai pengamal kemahiran professional dalam merealisasi hasrat MBMMBI ini.
Peranan guru dalam merealisasikan Dasar MBMMBI amat dituntut dan bukan hanya sekadar dasar atau bersikap samba lewa  seperti apa yang berlaku kepada Dasar PPSMI . Objektif kementerian Pelajaran adalah untuk menghasilkan pelajar yang benar-benar fasih dan menguasai kedua-dua bahasa tersebut dengan sebaik-baiknya , kerana genarasi yang pintar hari ini adalah merupakan aset serta tunggak kejayaan Negara serta generasi hari muka.Maka Gurulah  menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama , nilai sejagat serta tidak gentar berdepan dengan cabaran . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global serta tidak gentar menghadapi cabaran serta mampu bersaing dengan kepesatan dan persaingan  dunia luar hari ini dan masa depan.. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya serta kental di samping menjadi bangsa yang “gah” di persada dunia.Guru-guru perlu cekal  memandang ke hadapan berlandaskan visi dan misi yang jelas serta kukuh demi kebahagiaan kecemerlangan  generasi akan datang di negara merdeka dan berdaulat ini. Negara bangsa yang unggul mampu menghasilkan satu ketamadunan yangTeguh serta tidak mudah diganggu gugat oleh anasir luar.
RUJUKAN

2.    http://www.moe.gov.my/userfiles/file/MBMMBI.pdf

3.    Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Alimuddin Hj. Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 2011. http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=567

4.    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5565-kpm-komited-terhadap-mbmmbi.html

1 comment:

  1. Kita hendaklah menggunakan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang bagus untuk anak-anak... Contoh yang terbaik saya jumpa untuk selesaikan masalah ini, majalah Fun English! Kini semakin popular di kalangan golongan kanak-kanak... Guru-guru juga disyorkan untuk menggunakannya... ini laman website http://www.funenglishmagazine.com/
    Facebook: www.facebook.com/fun.english.magazine‎

    ReplyDelete