Sunday 11 December 2011

PENANDA WACANA

PENANDA WACANA
Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan pada peringkat UPSR,PMR,SPM.
PENANDA
apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan:
WACANA  
1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan;
 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh: Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang teori dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang banyak.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

    Pada era globalisasi ini,
    Dalam meniti arus kemodenan ini,
    Dewasa ini………-Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada waktu ini:  Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan keadaan dewasa ini.  Ada sesetengah guru berpendapat dewasa ini kurang sesuai untuk memulakan karangan. Saya juga berpendapat demikian dan penggunaan dewasa ini sesuai digunakan seperti dalam ayat contoh tersebut.
    Pada masa ini,
    Kini,
    Dasawarsa ini, -dasawarsa -masa sepuluh tahun, dekad: proses itu sahaja mungkin mengambil masa satu darsawarsa; perayaan ~ perayaan yang diadakan pada tahun kesepuluh tertubuhnya dsb sesuatu, perayaan ulang tahun yang  kesepuluh.
    Sejak sedekad yang lalu,
    Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini …….)
    Belakangan ini,
    Sejak akhir-akhir ini,
     Baru-baru ini,
    Umum mengetahui bahawa,
    Sejak zaman-berzaman
    Sejak dahulu lagi,
    Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya)

1.        Antaranya,
2.        Selain itu,
3.        Di samping itu,
4.        Sementara itu,
5.        Dalam pada itu,
6.        Lain daripada itu
7.        Dalam pada itu,
8.        Seterusnya,
9.        Begitu juga dengan
10.     Ahkir sekali,
iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1.        Saya berpendapat demikian kerana
2.        Hal ini dikatakan demikian kerana
3.        Hal ini berlaku kerana
4.        Hal ini terjadi kerana
5.        Hal ini disebabkan oleh
6.        Hal ini wujud akibat daripada
7.        Hal ini bersangkut-paut dengan
8.        Hal ini berpunca daripada
9.        Hal ini tercetus apabila
10.     Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1.        Misalnya,
2.        Contohnya,
3.        Sebagai contoh,
4.        Tamsilnya,

Tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yang terkandung dalam  sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yang  mengandungi ~ dan ibarat;
bertamsil menggunakan tamsil (contoh);

5.        Seperti yang kita sedia maklum,
6.        Antaranya adalah seperti
7.        Satu contoh
8.        Satu cara
9.        Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1.        Hal ini mengakibatkan
2.        Hal ini menyebabkan
3.        Oleh itu,
4.        Maka,
5.        Oleh hal yang demikian,
6.        Oleh sebab itu,
7.        Jelaslah bahawa
8.        Justifikasinya,

justifikasi -sesuatu alasan (yang kuat) yang  menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yang  dikemukakan sebagai  alasan bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kepada  kelemahan tersebut;
menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yang nyata untuk  ~ permohonan pinjaman itu.

vi)Penanda menutup isi

1.        Kesannya,
2.        Natijahnya,

natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik natijahnya; natijah daripada perkembangan ekonomi kolonial seperti itu amat buruk padahnya kepada masyarakat Melayu.

3.        Akibatnya,
4.        Akhirnya,
5.        Dengan itu,
6.        Kesudahannya,
7.        Dengan berbuat demikian,
8.        Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

1.       justeru
2.       juga
3.       malah
4.       malahan
5.       tambahan pula
6.       sementelahan
7.       bahkan juga
8.       sekali gus
9.       di samping
10.     bahkan
11.     malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1.        Kesimpulannya,
2.        Intihanya,

intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup.

3.        Secara tuntas,

tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas;
menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;
ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas;
ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas.

4.        Tuntasnya,………….
5.        Konklusinya,

konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan.

6.       Sebagai penutup wacana,
7.       Sebagai penghias bicara akhir,
8.       Sebelum mengakhiri wacana ini,
9.       Secara keseluruhan,
10.     Secara total,

total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jeneral Id jumlah semuanya; perang ~ perang habis-habisan (segenap rakyat turut berperang);
ditotal bp dijumlahkan, dicampurkan (semuanya).

11.     Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1.       Walau bagaimanapun,
2.       Namun demikian,
3.       Namun begitu,
4.       Meskipun,
5.       Daripada perspektif yang berbeza,
6.       Jika dilihat dari sudut lain,
7.       Dengan kata lain,
8.       Kontradiksinya,
9.       Di sebalik itu,
10.     Dalam pada itu,
11.     Dari sudut lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1.        ___bak /seperti kata peribahasa,
bak I -sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak.
2.        ___bak kata peribahasa Melayu,
3.        ___bak kata pepatah Melayu,
4.        ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5.        ___bak kata mutiara,
6.        ___bak peribahasa,
7.        ___bak pepatah,
8.        ___bak kata cendekiawan,/ pujangga
9.        ___persis kata peribahasa,

persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;
kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.
10.     ___persis kata peribahasa Melayu,
11.     ___persis kata orang tua-tua,
12.     ___persis kata mutiara,
13.     ___persis peribahasa,
14.     ___persis kata cendekiawan,
15.     Hal ini sama dengan peribahasa
16.     Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17.     Fenomena ini dikatakan
18.     Masalah ini sama dengan peribahasa
19.     Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20.     Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua

No comments:

Post a Comment