Saturday 22 October 2011

kamek dan kitak ( TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN DAN PENULISAN UPSR) -KARANGAN-KARANGAN CONTOH UPSR

Bagi sesetengah orang, kamek dan kitak mungkin sesuatu yang asing, jarang-jarang didengari atau tak pernah dengar pun. Kamek dan Kitak adalah merupakan bahasa santun negeri sarawak. Kamek merupakan kata ganti nama diri yang pertama manakala kitak pula merupakan kata ganti nama diri yang kedua.Apapun jika dihurai dan diulas , banyak juga fungsi dan peranan KAMEK DAN KITAK dalam pertututuran seharian masyarakat pribumi SARAWAK.  Ruangan Kamek dan Kitak kali ini lebih berfokus kepada perkongsian  Pembelajaran mata pelajaran  Bahasa Melayu antara KAMEK ( Diri saya sebagai penulis blog ) dan KITAK ( Anda sebagai pembaca blog saya ) . Mari kita mengenali dunia mata pelajaran Bahasa Melayu.

, TAHUKAH ANDA BAHAWA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU HARI INI JAUH LEBIH BERBEZA DARI DAHULU. Adakah lebih senang atau lebih susah ? Jawapannya adalah  bukan susah tetapi lebih mencabar, ini bermakna untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar-pelajar perlu mempelajari mata pelajaran ini dengan bersungguh-sungguh.Pakej bangsa melayu bukanlah tiket utama menjadi pelajar hebat dalam mata pelajaran Bahasa melayu. Apa yang utama ialah Tekun dan Usaha adalah penetu segala kejayaan. 

FOKUS UPSR
Penilian UPSR mata pelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada dua kertas iaitu kertas 1( Kertas Pemahaman ) dan kertas 11 ( Kertas Penulisan ).

TEKNIK-TEKNIK BERKESAN MENJAWAB KERTAS PEMAHAMAN

  • Persiapan diri pelajar ialah menguasai teknik atau cara menjawab soalan:
  • Fahami kunci soalan: Soalan contoh  : Penglihatan moyang agak kabur kerana usia tua. Kata kunci soalan ialah Penglihatan . Kunci soalan memberikan gambaran bagi jawapan kepada soalan.
  • Baca semua jawapan pilihan diberi, bagi memastikan jawapan yang dipilih adalah muktamad jawapan yang paling tepat.
  • Potong jawapan pilihan yang tidak berkenaan , ini bertujuan bagai memudahkan murid memilih jawapan yang paling tepat.
  • Pada umumnya terdapat 3 bentuk soalan , iaitu : 
  1. Soalan 1 hingga soalan 20, untuk 20 soalan yang pertama ini , pelajar disarankan menjawab soalan ini dengan teliti agar soalan 1 hingga 20 dapat dijawab dengan betul kesemua soalan, untuk tujuan penskoran markah 80% ke atas.
  2. Soalan 21 hingga soalan 30,soalan berkaitan dengan pembentukan ayat. Soalan ini lebih mencabar. untuk menjawab soalan bahagian ini pelajar perlu mahir serta menguasai hukum pembeinaan ayat.
  3. Kompenan Tatabahasa yang akan diuji dalam soalan 1 hingga soalan 40 adalah seperti berikut:
  • Kata Nama Am
  • Kata Nama Khas
  • Kata Nama Terbitan
  • Kata Ganti Nama
  • Kata Ganti Nama Diri Singkatan
  • Kata Ganti Nama Diri Singkatan
  • Kata Ganti Nama Tempat
  • Kata Ganti nama Tempat
  • Kata Seru
  • Kata Ganti Nama Tanya
  • Kata Adjektif
  • Kata Kerja
  • Kata Bantu
  • Kata Bilangan
  • Kata Hubung
  • Kata penguat
  • Kata Sandang 
  • Kata Pemeri
  • Kata Nafi
  • Kata Ganda
  • Kata Perintah
  • Kata Arah
  • Pengimbuhan
  • Imbuhan Awalan
  • Imbuhan Awalan rangkap
  • Imbuhan Akhiran
  • Imbuhan Apitan
  • Imbuhan sisipan
  • Imbuhan Pinjaman
  • Imbuhan Inggeris
  • Imbuhan Sanskrit
  • Imbuhan Arab
  • Jenis-Jenis Ayat
  • Ragam Ayat
  • Penjodoh Bilangan
  • Simpilan Bahasa
4. Pastikan anda lebih teliti dan tidak terkeliru dengan soalan yang mempunyai perkataan kecuali , melainkan, dan sebagainya.

5. Setiap soalan yang dikemukan adalah berdasarkan petikan disamping diselitkan unsur-unsur kemahiran berfikir yang turut menguji kemantapan pelajar. Oleh itu, jawapan bagi soalan- soalan yang berkaitan dengan maksud kata ,ayat atau petikan , bukan berdasarkan pandangan calon sendiri.

6. Selepas menanda / menjawab semua soalan , semak jawapan-jawapan anda itu bagi menghindari kesilapan.

7. Kekuatan untuk menghadapi latihan pemahaman ialah , rajin merujuk Kamus Dewan kerana terdapat banyak perkataan yang bombastik serta pilihan jawapan pilihan yang diberikan  hampir tepat, jadi untuk mendapatkan jawapan yang paling tepat ,pelajar wajib menjadikan Kamus Dewan sebagai teman belajar sepanjag masa  kerana mengharapankan guru berterusan sebagai  kamus bergerak bukanlah teknik yang berkesan untuk memajukan diri dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

7. Pelajar yang bercita-cita hendak menggapai kejayaan perlu  memperbanyakkan membuat latihan pada setiap hari serta latih tubi menjelang UPSR sebagai persiapan menghadapi UPSR , terkadang berlaku pengulangan soalan yang diuji di dalam soalan UPSR bahasa Melayu. Bak pepatah " Alah Bisa Tegal Biasa ".Berpeganglah kepada kepecayaan , sesiapa sahaja boleh walau sesusah manapun halangan dihadapan, kerana usaha yang bersungguh-sungguh akan dibayar dengan sebuah kejayaan.

8. Gunakan teknik menjawab soalan , antaranya ialah :
  • Baca sekurang-kurangnya 2 kali soalan.
  • Potong jawapan yang tidak berkenaan, supaya tidak terdapat banyak jawapan pilihan yang mengelirukan.
  • Tinggalkan terlebih dahulu soalan yang sukar difahami , tandakan pada kertas jawapan soalan yang belum dijawab supaya pelajar/ calon dapat menjawab semula soalan setelah selesai menjawab soalan yang lain agar masa tidak terus terbuang.
  • Semak semua jawapan untuk kesemua 40 soalan sebelum berakhir masa ynag diberikan.
  • SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU.

TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS II ( PENULISAN )

Walaupun menjelang 2012 murid-murid sekolah rendah Tahap Satu  telah  diterapkan sepenuhnya dengan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah, namun setakat ini UPSR masih dijalankan sebagai penilian seperti biasa. Salah satu kertas penilian UPSR mata pelajaran Bahasa Melayu  ialah  Bahasa Melayu Kertas 012 ( Ujian Penulisan )

Format Ujian Penulisan

1.Seoalan penulisan dalam kertas 2 Bahasa Melayu UPSR ada tiga soalan, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Ketiga-tiga soalan ini  merupakan soalan penulisan tetapi berbeza dari segi bentuknya.Soalan ini wajib dijawab.
3. Bahagian A mengemukakan satu soalan berdasarkan gambar yang dikemukakan.

HIMPUNAN KARANGAN CONTOH

KARANGAN JENIS CERITA
 
1.Karangan jenis cerita  sering dikemukakan dalam peperiksaan UPSR.
2.Karangan jenis ini berkehendakkan murid / calon  menceritakan sesuatu peristiwa yang pernah  dialami ataupun berdasarkan khayalan murid.
3.Isi-isi yang berbentuk khayalan atau imaginasi boleh digunakan,tetapi sebaik baiknya biarlah berasas,munasabah dan logik.
4.Ciri-ciri penting karangan ini ialah watak,peristiwa,latar belakang cerita,sebab dan akibat kejadian.
5.Setiap isi cerita mestilah mempunyai pertalian serta perkaitan.
6.Penulisan  yang berkualiti dan menarik  mestilah mengikut urutan peristiwa dan masa,iaitu ada titik permulaan,perkembangan,kemuncak (ketegangan) atau penyudah cerita.
7.Bahasa berbunga-bunga boleh digunakan,tetapi hendaklah dikawal penggunaannya.
8.Jika  calon / murid  hendak memasukkan dialog,ayatnya biarlah ringkas,padat,menarik dan realistik.
9.Setiap dialog hendaklah ditulis dalam perenggan baru dan menggunakan tanda baca yang betul.
10.Cerita boleh diolah atau ditulis dengan berdasarkan orang pertama dan ketiga sebagai pencerita.Kata ganti nama diri seperti aku,saya,dia,mereka sesuai digunakan sebagai watak cerita.
11.Akhir sekali,murid perlu mengambil ingatan bahawa cerita yang hendak anda olah itu semestinya cerita yang menarik,mencabar,dan berdaya kreatif untuk mencapai markah maksima cemerlang tinggi.
12.Cerita  yang dikarang  sebaik- baiknya mempunyai unsur pengajaran atau nasihat yang berguna kepada pembaca.

Karangan Contoh

     Pada cuti sekolah yang lepas,saya  bersama-sama dengan keluarga saya pergi berkelah di Huta Liput Lata Rek, Kelantan.
    
     Jaraknya  perjalanan ke tapak perkelahan kira-kira 30 minit daripada Bandar Kuala Krai, Kelantan dengan  menaiki kereta dari rumah kami.Sebaik sahaja sampai,orang sudah ramai berada di sana.Kebetulan pada hari tersebut ialah cuti sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara kali yang ke 54 tahun.
     
     Kenderaan pula tidak diletakkan secara teratur.Agak lama juga ayah mencari tempat sesuai untuk meletak kereta,akhirnya baru terjumpa suatu lokasi yang selesa di bawah sebatang pohon yang rendang.
     
     Hatiku melonjak-lonjak  hendak terjun ke dalam takungan air pada longgokan batu-batan.Tetapi ibu menegah bimbang akan keselamatan saya serta meminta saya ditemankan oleh ayah.Oleh hal yang demikian,saya tidak jadi berenang renang dalam air yang sejuk dan menyegarkan itu.
     
     Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba.Apabila ayah sudah siap mengemaskan barang-barang yang kami bawa,dia pun mengajak kami turun sama ke dalam air.'Jangan pergi jauh ke depan.Kalau terjadi sesuatu nanti,ayah juga yang susah,'nasihat ayah sambil membawa adik kecil kami bermain air.
 
     Tiba-tiba,suasana menjadi kecoh.Seorang kanak-kanak lelaki  berumur kira-kira 9 tahun menjerit-jerit meminta pertolongan.Tanpa berlengah lagi,saya terus berenang ke arah budak tadi dan menariknya ke tepian kolam air.Ia tercungap-cungap menarik nafas.Beberapa minit kemudian,dia pun sedarkan diri.Ibunya yang sejak tadi  tercari-cari akan anaknya segeradatang menghampiri , saya lalu  mengucapkan terima kasih kepada saya sekeluarga.

      Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa berkelah bersama-sama keluarga pada cuti yang lepas.Ingatan dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada mati lemas tempoh hari masih segar dalam benak saya hingga ke hari ini.

KARANGAN JENIS FAKTA

TAJUK : FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KO-KURIKULUM DI SEKOLAH. 
 
              Setiap sekolah  ada menjalankan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang  atau tertakluk kepada iklim pengurusan sekolah.Para pelajar wajib menyertai setiap aktiviti yang dijalankan, iaitu menyertai persatuan, unit beruniform, mahupun olahraga.Kementerian Pelajaran tidak mahu para pelajar hanya menumpukan kepada pelajaran semata-mata, sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum.

             Penglibatan murid-murid dalam  aktiviti ini menjadikan tubuh badan  akan  sihat. Keadaan ini berlaku kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot dalam tubuh kita akan bergerak dengan lebih aktif lantas mengeluarkan peluh. Tubuh badan yang sihat memudahkan pelajar mengingatai pelajaran yang telah dipelajari, manakala tubuh yang tidak sihat akan menyebabkan badan menjadi tidak bermaya sekaligus mampu menjejaskan tumpuan pembelajaran di sekolah.

Faedah kedua melalui aktiviti kokurikulum di sekolah adalah, para pelajar dapat menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti yang  lebih berfaedah.Masa lapang yang tidak diisi dengan baik memungkinkan para pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menghabiskan masa dengan  menonton televisyen, berpeleseran di pusat beli-belah ataupun melepak bersama rakan-rakan yang berperangai tidak senonoh sehingga memungkinkan terjadinya tabiat merokok, menghisap gam dan akhirnya terjerumus dalam kancah  dadah.

                  Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar mendapat pelbagai faedah seperti dapat menambah kenalan tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun agama.Secara tidak langsung, mereka juga dapat berbincang dan saling mengenali, sekaligus mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa, budaya dan juga agama.Disamping itu, aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga membolehkan para pelajar menambahkan pengetahuan mereka tidak kira dari segi perubatan, pertahanan diri, pengetahuan asas mengenai dunia luar, sains dan teknologi dan tidak lupa juga mengenai keolahragaan dan kesukanan.

Berdasarkan huraian yang diberikan, maka jelaslah kepada kita akan kepentingan aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar dewasa ini. Para pelajar hendaklah memanfaatkan peluang yang diberikan kepada mereka kerana tidak semua insan di muka bumi ini yang cukup bertuah kerana mendapat makanan,tempat kediaman,  pakaian, dan pelajaran yang cukup untuk bekalan di hari muka.

TAJUK: CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG  DENGAN BERFAEDAH.
 
Ramai yang beranggapan bahawa masa itu emas,malahan nilai masa lebih tinggi dari pada emas . Tanggapan tersebut sememangnya bertepatan dengan nilai masa itu sendiri. Ini kerana setiap detik  masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu, seseorang itu seharusnya bijak membahagikan masa mereka. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada cara memanfaatkan masa senggang serta masa  yang terluang. Tuhan telah memberikan kita masa selama 24 jam sehari dan diri kitalah yang diberi tanggungjawab untuk memperuntukkan masa tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.

Bagi para pelajar yang masih menuntut di bangku persekolahan, adalah wajar sekiranya mereka memanfaatkan masa lapang yang mereka miliki dengan mengulangkaji pelajaran. Cara ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kelas. Ini kerana, latihan latih tubi yang berterusan sahaja tidak mampu untuk mengekalkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sebaliknya, dengan ulangkaji yang berterusan, seseorang pelajar itu akan lebih sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

Selain mengulangkaji pelajaran, seseorang pelajar juga perlu untuk melakukan aktiviti riadah dan juga senaman agar tubuh mereka tidak menjadi lesu dan tidak bermaya. Aktiviti riadah ringan seperti berjoging, bermain badminton dan bermain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk meningkatkan metabolisma seseorang agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga dapat menyihatkan tubuh badan dan membuatkan tubuh badan sentiasa bertenaga dalam melalui hari-hari yang mendatang.

Selain mengulang kaji pelajaran dan melakukan aktiviti riadah, melakukan aktiviti berpersatuan juga adalah perlu untuk mengisi masa lapang yang terluang. Persatuan-persatuan seperti  Bulan Sabit Merah Malaysia, Persatuan Bahasa Malaysia, Pengakap, dan juga Kelab Sains merupakan antara persatuan yang wajar disertai oleh para pelajar bagi mengisi masa yang terluang dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya penglibatan para pelajar dalam aktiviti berpersatuan seperti ini, maka tidaklah mereka mempunyai masa terluang yang banyak sehinggakan mereka mengisi masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti merokok, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi gejalala yang kurang sihat.

Sebagai kesimpulan, memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah amatlah perlu terutama dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah . Oleh itu, semua pihak terutama pihak ibu bapa dan guru seharusnya memberi perhatian yang mencukupi bagi pelajar sekolah rendah  yang masih memerlukan perhatian, kasihsayang, bimbingan dan juga sokongan dari ibu bapa demi menentukan hala tuju hidup mereka.

TAJUK: CARA-CARA MENJADI PELAJAR YANG CEMERLANG

KEBAIKAN MENYERTAI PROGRAM BACAAN NILAM

Semua  pelajar sudah pasti mempunyai hasrat serta impian  untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mereka. Oleh kerana  mereka tidak mempunyai wang ringgit untuk membalas jasa ibu bapa mereka, maka hadiah yang paling bererti dan terbaik  merupakan kecermelangan dalam setiap peperiksaan sebagai salah satu cara untuk membalas jasa mereka.

Untuk cemerlang dalam pelajaran,setiap pelajar perlu sentiasa memberi tumpuan sewaktu guru mengajar. Ketika guru mengajar, mereka seharusnya mengetepikan segala masalah yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Sekiranya tidak memahami apa yang telah diajar, mereka tidak perlu berasa segan untuk bertanya. Tamatnya sesi persekolahan tidak bermakna sesi pembelajaran juga turut tamat. Sebaliknya, mereka juga harus segera membuat latihan. Jika kerja sekolah sudah selesai, ulangkaji sendiri tanpa disuruh, mereka tidak seharusnya bersikap bagai “ pahat dengan penukul”. Bila disuruh barulah dibuat.

Selain itu, alternatif lain untuk meningkatkan prestasi pelajar di kelas juga perlulah dilaksanakan. Kelas tambahan amat berfaedah untuk menambahkan pemahaman akan sesuatu matapelajaran. Di kelas, jumlah pelajar yang banyak menyebabkan guru tidak mampu memberi perhatian yang lebih. Dengan jumlah murid yang sedikit di kelas tambahan, para pelajar lebih berpeluang untuk bersoal jawab sekaligus meningkatkan pemahaman mereka sendiri terhadap pelajaran yang diajar..

Pemakanan yang seimbang amat penting kepada tubuh badan mereka. Sekiranya minda mereka cergas, mereka tidak akan mudah mengantuk di dalam kelas dan pelajaran juga mudah untuk difahami. Elakkanlah makan makanan yang ringan dan memudaratkan, tetapi lebihkanlah memakan buah-buahan dan meminum air kosong.

Sebagai seorang pelajar, para Guru dan ibu bapa perlulah dihormati agar keberkatan dalam pelajaran mudah untuk diperolehi ketika belajar. Sebelum ke sekolah, mereka perlulah mencium tangan ibu dan ayah untuk memohon restu. Di sekolah pula, budi bahasa juga perlu dijaga, jangan sampai guru jauh hati. Sebaik-baiknya, sikap ringan tulang untuk membantu guru seharusnya diamalkan.

Demikianlah serba sedikit cara-cara  untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Sebenarnya, mentimun dan pisau berada di tangan kita, jadi kitalah yang sewajarnya mencorakkan nasib kita sendiri dan bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa orang yang kita sayangi itu dengan menjadi murid yang cemerlang. Tetapi, jangan pula menjadi seperti kacang lupakan kulit bila sudah berjaya kelak.
 
Program Nilam merupakan satu program galakan membaca secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar. Program ini dijalankan secara berterusan.  Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam masa satu minggu. Bahan bacaan boleh didapati dari sumber fiksyen, bukan fiksyen termasuk keratan akhbar.

Bahan-bahan bacaan yang telah dibaca hendaklah dicatat ke dalam Buku Catatan Bacaan Program Nilam. Murid-murid digalakkan meminjam buku-buku di Pusat Sumber dan pelajar yang mencatat jumlah bacaan terbanyak akan menerima hadiah. Nilam secara ringkasnya bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca. Maklamat program ini diadakan adalah untuk membudayakan amalan membaca di kalangan pelajar agar ia menjadi kebiasaan yang perlu dipupuk sepanjang hayat mereka.

Selain itu, objektif kempen ini adalah untuk menyemai amalan membaca di kalangan murid di samping menjana pembentukan pemikiran kreatif, progresif dan inovatif, menyemai sifat cintakan ilmu ke dalam jiwa murid, memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid, memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan, mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan di sekolah, mewujudkan sudut bacaan di tempat-tempat yang sesuai di kawasan sekolah, serta mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.

Membaca adalah sumber ilmu. Banyak membaca akan dapat memperkembang dan membina minda seseorang untuk terus maju dan berdaya saing. Oleh itu, membacalah untuk menjadi seorang modul insan yang berguna dan berjaya serta berilmu di masa hadapan.

Biografi:
PENOREH GETAH
Pada cuti semester yang lalu, anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu seorang penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan.

Pakcik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu kepunyaannya sendiri.Setiap hari, seawall 6.30 pagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh getah. Dia menunggang sebuah basikal.Pakcik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja -kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gelap.Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam setiap mangkuk di setiap batang pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah itu dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil.Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar.Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, kerja itu pun selesai. Pakcik saya akan menghantar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.
Demikianlah, perjalanan kehidupan harian  yang dilalui oleh Pak cik ku sebagai seorang  penoreh getah.

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana
.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur
.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa
.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat